Blogger Layouts

13 August 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

16 March 2012

MENAGIS LAGI

Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga

Pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis sorang untuk semua
Kejam dirimu
Kejam dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi

Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Mungkin engkau lah pendusta
Bagimu hatiku tiada makna

Aku menangis lagi
Kecewa untuk sekian kalinya
Dan kisah cinta luar biasa
Habis sorang untuk semua
Apalagi perlu ku rasa
Aku terlupa

Aku kecewa abadinya
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persendakan
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku
Biar aku sendiri

Luka aku terus meratapi
Luka-luka kecewa
Dan aku tahu ku tahu (Hatinya)
Dalam hatiku takkan bisa merubah segala-gala

Aku menangis
Aku kecewa lagi untuk sekian kalinya
Dan cinta ini luar biasa
Habis sorang untuk semua
Apalagi perlu ku rasa

Aku terluka, aku kecewa
Tak mungkin kau kan faham sakitnya
Kerna kau lah punca segala
Cinta suci kau persia
Apalagi tinggalkan aku
Biar aku menangis lagi




15 March 2012

HARGA SEBUAH JANJI

Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelkan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini ? Tepuk dada tanya hati.. Pokok pangkalnya daripada hati..


Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik .


Harga sebuah janji bagi orang yang menjaganya adalah setinggi ia menjaga adat dan budi bahasanya.. Melalui janji kita dapat menilai peribadi seseorang itu.. Jangan disebabkan janji anda dilabel sebagai seorang yang MUNGKIR JANJI @ MUNAFIK.. grrrrrr.... Mulut ringan berkata-kata hati terdetik tidak ada lansungkah selelumit perasaan bersalah bila tidak tunaikan janji?? Hanya anda mempunyai jawapannya...



20 January 2012

Harga Sebuah Ketawa !

Berapakah harga sebuah ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan
 yang diakhiri dengan senyum-simpul. Tidak ternilai harganya.. Nilai yang terlalu tinggi.. Wahai hati teruskan perjuanganmu dalam sedu sedan dahulu dan akhiri dengan senyum simpul bahagia.. Ianya nya lagi bermakna wahai hati ... =)



03 January 2012

MEMORI LAMA !

Assalamualaikum lama sdah tidak berinteraksi dengan anda semua di medium ini.. Apa khbar semuanya?? Sihat walafiat? Okey walaupun telah tiba & masuknya tahun baru 2012 Ain tetap nak mengungkit emori yg semua org suka sekarang... yang mungkin menjadi ingatan kita jika diingatkan kembali... (kebanyakkan suka time sekolah)

* Time sekolah rasa nak kacau awek je... Tarik tarik tudung kalau boleh nak kasi nangis
* Nak melawan cakap ckgu...cikgu kata A dibalasnya Z
* Nak bertumbuk dengan kawan, tengok sapa lagi kuat (porah)
* Time nii laaa best nak mengutuk member yg tak disukai bersama kawan..
* Nak mengorat awek/pkwe kelas sebelah nak tayang anda pun laku..
* Time rehat paling best kalau jmpa makann tak pandang kiri kanan.. tiada istilah ikut giliran time   beli makan
* Beli perut kenyang jangan kata nak belajar masuk kelas apatah lagi..(kong kelas ler jwabnya)
* Yang nii paling syok time exam, bolee lak buad buad barang jatuh(actually tuu taktik lama,doh)
* Hahaha bile result nak kuar masa nii otak mulaa buad karangan,ea laa dahh fail kang mak tanya
   buad alasan cikgu tuu bodo or cikgu tak reti ajar) padahal diri sendiri tuu mengong !
* Okey kelas hari nii saya ada meeting, buad kerja msing masing or kelas batal, komfirm menjerit 
seronok!
* Part cuti sekolah, dua tiga hari tuu dah buad cuti sekolah sendiri dulu..(sukati makbapak tiri kau je)

Hooouuurrraaayyyyyyyyyyyyyyyyyy !!!!!!!!!! Bebas dari cengkaman cikgu

Kadang bila teringat semua tuu terasa ingin kembali andai masa bisa diubah.. Malangnya masa setiaa menjalankan tugasnya.. =)

*teringat time panjat pgar sekolah, buruk perangai aku !




#walaupun aku dah lama tinggalkan alam persekolahan aku tetap ingat saat itu...

10 December 2011

KAWAN MAKAN KAWAN a.k.a KAWAN BATU API !

Assalamualaikum.. Hay blogger! Apa pendapat korang tentang kawan makan ?? Macam mana pulak dengan kawan yang batu api ?? Haha macam tak de benda lain je nak dimakannya ! Manusia kadang kadang tak sedar kesilapan diri sendiri, kan ?? Tapi perlu ke sampai bermusuh dengan member sendiri hanya kerana salah paham yang wujud & timbul ?? Dan ditambah pulak dengan si PENDENGKI & PENGKHIANATyang sengaja pulak menjadi batu api kepada kekawannya... Mulalah wujudnya cerita yang lain .. itu laa orang kata "Rambut sama hitam hati lain-lain".. Hati manusia tidak dapat  kita rungkaikan dengan sedalam-dalamnya.. Hmmm Tapi agak sedih bila jadi kawan makan kawan... aku beci sebencinya dengan kawan yang batu api ... Sengaja,kan ! EEiii sakitnya hati ini! tolong laahh manusia semua tak sempurna dimuka bumi ini ! Sedih sesedihnya.. Aku tak nak try tapi Nak jadi yang terbaikdikalangan kawan-kawan aku tapi setiapa apa yang ingin aku buat tak semua orang akan suka... Mulalah berkata-kata belakang.. Tapi takmengapa aku redha... Aku hanya ambil berat tentang kau kawan.... Kepada yang jadi batu api tu henti-hentikanlahh kerja anda tuu... Tolong berubah ! Aku pun sama ! Diam untuk kebaikan !


03 December 2011

GERIMIS !

Rintik gerimis turun dari langit
Membasahi bumi
Memberi damai ke penjuru dunia
Membersihkan debu, membawa kebajikan

Hujan air mata jatuh di pipi
Pertanda hati sedang menangis..
Karana perasaan sedang terluka..
Tapi luka tetaplah luka,
Pedih tetaplah pedih
sakit tetaplah sakit..
Walau kering sudah air mata

Lalu untuk apa menangis?
Air mata bukanlah air hujan
Air mata tak menghasilkan kegembiraan..
Berhentilah menangis,agar gembira datang kembali......

* Saja-saja tulis agar dia mengetahui isi hati ini