Blogger Layouts

19 March 2011

AJAIBNYA KETAWA DAN AIR MATA


SENYUMAN dan ketawa boleh menjadi penawar duka. Kebuntuan fikiran seolah-olah hilang apabila mendengar suara anak ketawa menyambut kepulangan kita dari tempat kerja. Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita.

Bagaimanapun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan kita. Apabila kita ketawa atau menangis, badan mengalami perubahan fizikal dan kimia. Ketawa dan menangis adalah dua elemen penting yang memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.

Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i. Air mata basal (untuk melembapkan mata).

ii. Air mata refleks (dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).

iii. Air mata emosi (dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi).

Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin lebih tinggi. Apabila kita menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.

Air mata emosi hanya terhasil apabila berlaku perubahan emosi. Banyak faktor boleh mengakibatkan emosi seseorang berubah, seperti kesedihan kehilangan orang tersayang. Apabila emosi berubah, sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan menghantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).

Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi. Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan. Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan.

Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan. Jadi jika anda sedih., tiada salahnya untuk menangis kerana ia antara proses semula jadi untuk mententeramkan semula perasaan dan fikiran.

Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah. Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa. Diafragma, abdomen, saluran pernafasan, muka, kaki dan bahagian belakang badan secara tidak langsung ‘digerakkan’ serentak untuk bekerja. Pergerakan ini yang dianggap senaman untuk bahagian tengah badan sebenarnya turut membakar kalori.

Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah. Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ketawa juga didapati boleh mengurangkan penghasilan hormon tekanan. Ini sebabnya orang yang menghidap penyakit perlu mendapatkan bantuan kaunseling atau kumpulan sokongan untuk menguatkan semangat kerana kesedihan hanya memburukkan keadaan penyakit mereka.

Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak. Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa. Semua ini dikatakan memberi manfaat kerana ia boleh menguatkan badan. Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah.

Antara manfaat ketawa yang lain ialah:

a. Merendahkan tekanan darah
b. Merangsang mood.
c. Meningkatkan daya ketahanan badan.
d. Memperbaiki fungsi otak
e. Melindungi jantung.
f. Merapatkan hubungan dengan orang lain.
g. Melegakan perasaan.
h. Membuatkan kita berasa selesa.

Malah, ketawa juga boleh meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, artritis, ulser dan mengelakkan risiko mendapat serangan jantung. Kajian mendapati seseorang itu berisiko diserang sakit jantung jika sentiasa dalam keadaan tertekan, resah, gelisah dan marah.

Bahkan, ada juga kajian mendapati ketawa boleh melancarkan sistem pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan. Namun paling penting ialah ketawa boleh mengekalkan kesihatan mental. Apabila kita berfikiran tenang dan melihat masalah daripada sudut positif, ia juga boleh dijadikan bahan ketawa. Ketawa pada diri sendiri juga boleh mengubah persepsi kita terhadap masalah dihadapi. Mungkin anda tidak sedar, ketawa sebenarnya membolehkan kita menangani masalah atau tekanan dengan lebih baik

10 March 2011

SENYUMAN DALAM DIRI!

Teknik-teknik di bawah akan menunjukkan bagaimana untuk mengesan sekiranya anda sedang ditipu. Teknik-teknik ini telah digunakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk tujuan soal siasat. Ianya juga boleh digunakan dalam komunikasi dan situasi bisnes untuk mengelak dari penipuan. Ia juga boleh digunakan oleh anda untuk mengelakkan diri anda dari ditipu.

Petunjuk-petunjuk Penipuan


Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda.
  1. Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.
  2. Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.
  3. Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.
  4. Pergerakan – Ekspresi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.
  5. Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.
  6. Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.
  7. Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.
  8. Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.
  9. Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.
  10. Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.
  11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.
  12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.
  13. Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.
  14. Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.
  15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.
Adalah penting untuk diketahui bahawa sekiranya anda hanya dapati satu petunjuk sahaja ia tidak memberi isyarat bahawa ia adalah satu penipuan. Anda perlu melihat pada beberapa petunjuk yang konsisten yang berlaku sejajar, atau kombinasi petunjuk-petunjuk yang berlaku serentak dalam satu tempoh masa yang pendek

07 March 2011

DOA BUAT SEORANG SAHABAT..


Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

            Ya Allah…
            Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

            Ya Allah…
            Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

            Ya Allah…
            Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

            Ya Allah…
            Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

            Ya Allah…
            Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

            Ya Allah…
            Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi  hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

            Ya Allah…
            Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

            Ya Allah…
            Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

            Ya Allah…
            Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

05 March 2011

Bahagiakah dapat perempuan cantik??

Aku percaya pada apa yang aku lihat dan apa yang aku rasa.. Percaya atau tidak memang sejak sari azali lagi kaum Adam memang menyimpan kemahuan untuk memiliki seorang perempuan cantik samaada unutk dijadikan teman atau pasangannya..Elehh jangan korang nak menidakkannya laa weyh.. Walaupun ta semua tapi purata untuk mencapai kemahuaan itu tinggi kan?? jangan malu untuk mengakui..lagipun itu normal laa.. jangan nak panggil seorang laki itu normal kalau laki itu sedikit pun tidak mempunyai perasaan atau keinginan seperti ini.. mungkin yang tidak mempunyai perasaan seperti ini layak untuk aku panggil gay kot..hahaha terlepas sudah.. ta baik tapi itu laa hakikatnya..


kalau nak cakap pasal kebenaranya, betul ke laki suka perempuan cantik? ta payah susah2 search je kt google ke, or just tanya member kt sebelah tuh, komfirm mamat tuh akan cakap, "WAHH BAHAGIANYA AKU KALAU DAPAT AWEX CANTIK..SEMUA YANG DIA NAK AKU AKAN PENUHI JANJI DIA TA  TINGGALKAN AKU DAN AKU NAK DIA TAHU BETAPA AKU CINTAKANNYA..." wahh2.. ayatz bukan main.. perghh.. geli2 aku..kalau betul ta pe,ini haa selalu jer main2kan hati perempuan..perempuan pun sama...

Berbalik kepada tajuk tadi, Bahagiakah dapat perempuan cantik??
hahaha..soalan cepumas...selalunya akan timbul masalah banyak kalu dapat perempuan cantik... bukan aku nak menghasut korang agar pilih awex h0dus tapi itulah hakikinya... yea laa.. kalau korang dapat awex cantik korang pun suka tengok kan?? sama jugak macam laki len.. korang komfirm tergugat punya.. dah tuh.. mula laa kata curang laa apa laa ta sayang laa macam2 laa...tapi bagi samaada dy cantik atau tidak berbalik kepada empunya diri sendiri..macam ner dy tangani masalah itu.. pandai2 laaa jaga... 

apa pandangan korang??? 


Geramnya Bila Terbayangkannya

Korang suka aiskrim tak??? aku nih alergik banyak bila dengar nama aiskrim nih.. tahu kenapa?? pasal aku nih ratu aiskrim.. bayangkan kalau aku dah mangadap aiskrim semua benda aku boleh tolak..aku dah tak kisah apa-apa yang pasti aiskrim tuh dapat aku nikmati demgan sebaik-baiknya.. jangan diganggu ketenangan aku jika lihat kekhusyukkan aku makan aiskrim.. aiskrim membuatkan diri aku berada dalam satu dunia yang indah..kalau aku tengah sedih ke marah ke atau ta der mood aiskrim laa pengubatnyer.. sapa yang ta suka aiskrim.. aku ta tau laa kalau ada diantara korang yang ta minat ngn aiskrim tapi aku peduli apa..yang penting aku suka dan hapy.. pelik laa ngn korunk2 yang ta makan aiskrim.. aishh...sedap yang ta terkata tau.. haishh aku pun ta tau laa betapa taksubnya aku pada aiskrim tuh smpaikan kalau ayah aku beli aiskrim tiba2 aiskrim aku hilang atau adik aku makan mau perang kelima dalam ruamah..ibu dan ayah aku dah ta larat nak larang aku..kalau aku balik rumah itulah makanan utama aku..pelik kan..kalau ta der menda tuh mau guling2 aku..hehee ta sangka kn?? taPI itu la aku.senang jer korung nak pujuk aku lau aku majuk.. haa aiskrim laa pgubatnya...senang kan pakwe aku kalau nak pujuk aku..ta payah susa2 nak belihadiah bg aiskrim pn da ckup.. aku ta memilih dalam hal aiskrim..0ohh aku daa bayangkan aiskrim..wahhh meleleh air liur aku.. sedapnya....
 sedap kan macam nih laa aiskrim yang aku suka
 ya,Allah tahankan lah nafsu hambamu nih..air liur da leleh
 ini la salah satu sebab kenapa aku suka makan aiskrim..bentuknya dan rasanya buat aku cair.. o0uch....
sedapppp tgk gambar pun dah boleh terbayang kelazatannya .....

Bila Hati Terluka


"Anti ada masalah ya?" berbunga rasa hati bila diberi perhatian.

"Anti dah makan belum? Ana belanja yuk." Sejuk hati mendengar ajakan seorang teman.

Bersyukur saat-saat kita dirundum masalah bahkan hati tidak tenteram, muncul sahabat yang memberi sentuhan persahabatan. Ibarat dapat membaca galau di hati ini. Masalah itu pelbagai, akan tetapi apabila sebuah persahabatan diganggu gugat itu lebih menyakitkan. Entah di mana silapnya. Termenung panjang...

Hati manusia biasa mudah terluka bila putus cinta, tapi hati manusia luar biasa, pejuang di jalan Allah, sarat dengan cinta pada Allah, sahabat itu juga permata dan kekasih hatinya... Sahabat antara puzzle yang melengkapkan kehidupan manusia. Setiap sesuatu ada ujiannya. Tatkala hati terluka kerana sahabat, jangan dibiarkan syaitan membisikkan keretakan. Kita harus bijak mendidik emosi. Beri masa pada diri. Beri masa pada sahabatmu.

"Kenapa anti buat ana macam ni ?" ketidakpuasan hati seorang sahabat selepas salah menilai niat baik sahabatnya sendiri. Mereka sedang diuji.

"Ala anti apa kurang," kata-kata bisa ketika ajakan kebaikan dibalas acuh tidak acuh.

"Semua orang ada masalah, selesaikan dulu sebelum sibuk nak tau masalah orang lain,"

Kita mungkin sesekali terluka. Bahkan mungkin berkali-kali. Terluka dalam ajakan dakwah, Terluka dalam meneruskan agenda tarbiyah bahkan terluka dalam menjaga sebuah ukhwah. Ukhwah yang selama ini digambarkan ceria tiba-tiba beransur mendung, sepi seketika. Ini baru satu dua ujian buatmu wahai pembawa agama. Bukan semuanya berita sedih dan duka.

Ketahuilah diri kita dan sahabat kita tidak sama. Ada ruang, dia perlu bersendiri. Ada ketika, individu lain dijadikan luahan hati. Ada ketika, dia datang minta dinasihati. Pelbagai ragam sungguh sebuah persahabatan ini.


Lukanya hatimu tidak sama seperti luka di amggota badanmu yakni pada saat ini adalah kerana cintamu hanya semata-mata kerana Allah. Sama-sama ingin ke syurga sama-sama ingin menjauhi panasnya luka api neraka. Bagi dirimu yang terluka, rawatilah... Luka itu akan sembuh semula...Kepada Allah kita mengadu cerita. Coretan untuk semua. Moga ketenangan buat diriku, sahabatku dan kalian yang membaca. Jangan pernah serik mengajak manusia pada kebaikan. Apatah lagi dengan teman, sahabat dan keluarga kita semua. Salam bahagia buat semua.

JANGAN BERSEDIH

Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan.
Namun semua ini bukan penghalang untuk kita kelihatan senyum
dan ceria. Sebaliknya,dengan senyuman dan kecerian kita akan
mampu untuk menghadapi ujian hidup.Biasalah jika susah hati
atau ditimpa masalah dan musibah ada yg menanggis.Dalam situasi
anda tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yg tidak
tenang.
Paling penting,anda perlu menyediakan diri anda untuk menghadapi
dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika anda melarikan
diri.Masalah akan selesai jika kita berusaha.Memang susah! memang
payah! Ada tikanya perit dan mengeciwakan malah melukakan.Tapi
bila anda menerima setiap yg berlaku didalam hidup anda sebagai
ujian,anda akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.
Inilah panduan:
1-Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,
“sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang2
yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.
….Surah Al-Ankabut ayat 2-3
2-Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu,dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,”
…..Surah Al-Baqarah ayat 216
3-Kenapa ujian seberat ini?
” ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesan-
ggupannya,”
…..Surah Al-Baqarah ayat 286
4-Kenapa rasa keciwa?
” Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman,”
…..Surah Al-Imran ayat 139
5-Bagaimana harus aku menghadapinya?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuat-
kan kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan ),
dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya ( mencapai
kemenangan).”
…..Surah Al-Imran ayat 200
6-Apa yang aku dapat daripada semua ini?
“Sesungguhnya ALLAH telah membeli daripada orang-orang mukmin,diri,harta
mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……
….Surah At-Taubah ayat 111
7-Kepada siapa aku berharap?
“Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya.Hanya kepada-Nya
aku bertawakal.”
…..Surah At-Taubah ayat 129
8-Aku dah tak dapat bertahan lagi!!!
“…..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH. Sesungguhnya
tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”
…..Surah Yusuf ayat 12

MONOLOG SEEKOR LALAT...

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe
tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak.
Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.
‘Kakkk…masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya…’ kata aku
‘Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.’ Kata kakak itu.
dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.
Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah
kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan
rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, korang pun selalu dengar ‘mamat
tu kurang ajar betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah
lah tak bagi signal…’ atau ‘hari tu tayar kereta aku pancit tepi
highway, nasib baik ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau
tidak tak tahulah aku…’ atau ‘ Ngko ingat aku tak kenal mamat tu
hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ
jugak..’. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kalian
sehari-hari.
Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau
Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai
dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang
berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia
sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah
rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan
melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan
Sampah Sarap.
Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.
Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku
singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak
seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku
singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku
dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku.
‘Celaka punya Lalat..!’ kata dia. Aku dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku
adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan
virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya
aku lebih baik dari dia. Seberapa ketika kemudian aku melihat dia
dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang
bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebih kotor, lebih hina !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam
hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini.
Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan
kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa
yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu.
Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di
situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung
tidak membasuh tangan.
Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku
dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah
belakang sebuah rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu
sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan
oleh kalian. Sudah rezeki aku.
Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku
membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai
mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas
pergerakan.(aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di
sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan
aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, culik,
rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat
aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar
dengan sadisnya oleh manusia, kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian lalat akibat sakit tua atau kematian
lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra
violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera
meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan.
Kalian memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina
sebenarnya. Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh
dengan bermacam-macam tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan
kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan
sebagai tahi aku?. Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir
kalian, itu dikatakan manis? Kenapa bila kalian pening-pening
dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan
tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat
penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian
lada’ ?. Eh, itu burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa
Malaysia dapat ‘A’ tau. Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata
kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi
menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan.
Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau
aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui
40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu
hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu. Aku hanya
mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba
menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian
yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan
motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit.
Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu
tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,
aku mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan
sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba. Aku
cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu.
Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin
terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer
yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh
konsentrasi. Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak
menyedarinya. Terlalu asyik dia. Aku cuba membaca apa yang
terpapar pada skrin komputer. ‘Ah !, sebuah Blog dengan nama Life
Is A Fairytale…terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa
ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia ?
Boss dia tahu atau tidak yang dia! sedang berpura-pura berkerja?
Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat
kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..’
bisik hati kecil aku. Manusia, manusia…
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan
tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita
lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat?. Entahlah….
dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.
Epilog.
Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada
usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100
100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan
daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan
lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia. He he he. Jangan
marah lalat.
kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita
ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada
lalat….)

INSAN BIASA..

Assalammualaikum...
Entah mengapa hatiku tiba2 terusik untuk menulis setelah sekian lama aku tidak bermadah ke dalam sebuah kertas atau lukisan..

kejadian alam kejadian semasa yang berlaku semakin menjadi2..
membuatkan hatiku bertambah risau untuk mencari calon suami untuk meneruskan perjuangan Allah..
dan aku amat risaukan nasib anak2ku kelak.. seandainya aku telah tiada...

Wahai kaum perempuan...
Lindungilah diri anda..
sama ada anda masih mempunyai orang tua.. ataupun tidak.. anda Harus memelihara aurat anda..
Kesopanan.. Adab.. pergaualan dan juga akhlak anda..

INGAT..
bisikkan syaitan dan iblis bermula tanpa kita duga..
Ada kalanya ia berputik dan bermula..
Tanpa kita sedar dan sedari..
adakalanya... di dalam kuliah/kelas/perjumpaan/pertemuan/kem/ apa sahaja penemuan
yg mencampurkan lelaki atau perempuan..
kadang2 gurau senda menjadikan lebih alpa pada manusia..
tidak semua tetapi ada segelintir yg lalai...
sebagai contoh berdasarkan renungan sy..
Seorang lelaki mengusik seorang perempuan di dalam ramai2..
kemudian si perempuan menyahut usikkan itu..
Sedangkan itu adalah tanda awal gangguan dan hasutan syaitan telah bermula..

Apapun, wahai kaum perempuan yg melahirkan anak..
Aku harap.. engkau sedar.. dan berwaspada pada lelaki diakhir zaman..
kerana kebanyakkannya merosakkan dari memelihara..
Jauhkanlah zina.. berduaan..
Jauhilah diri dari tipu daya lelaki bernafsu syaitan..
janganlah engkau terpedaya JANJI MANIS si Kumbang..
Akhirnya kamu juga akan terinaya..
setelah habis madu sepah di buang..
Penat manusia sebelum kita meletakkan kata2 nasihat..
tetapi ktia sedar tapi tak ingat..
itulah kebanyakkan kes terjadinya kes buang janin dan anak..

Waspadalah.. janganlah sesekali mudah melepaskan maruah diri dengan hanya ikatan CINTA..
ikatlah hubungan dengan pernikahan..
jangan hanya mengaku islam.. tetapi tidak mengikut cara islam.. buat apa berbohong?
sedangkan itu sifat orang munafik..

sesungguhnya gejala buang janin atau bayi ini berlaku daripada kedua2 pihak..
tidak berbunyi jika bertepuk sebelah tangan..
dan jangan sesekali anda lali dengan kemewahan dan pertolongan si jejaka..
waspadalah kerana tanpa ikatan SAH.. janganlah anda menyerahkan tubuh anda sesuka hati kerana CINTA

Kita hidup mungkin lama atau mungkin sekejap..
tapi jika hidup dan masa depan kita telah kita sendiri gelapkan..harus bagaimana nak berdepan dengan masyarakat?
Ingatlah.. Allah itu Maha Menyayangi..
kita yg mencorakkan diri kita..

Pergaulan kita kenalah jaga.. biarlah jika tiada kawan baik, bercampur dengan kawan2 kurang baik..
tapi ada akal.. JANGANLAH terikut.. jauhkan diri selagi terdaya..
jgn mudah melatah apabila di cabar kawan..
biarkan dia..
Kita islam.. hendaklah sentiasa merendah diri dan bertenang..

Apa yg sy amat2 takotkan..Khuatir Bala akan turun menimpa negara kita..
kerana terlalu banyakkan maksiat yg semakin meningkat..
ingatlah... kita hidup nie mati.. kesedapan hanya sementara..
cintailah pasangan kerana Allah bukan kerana Nafsu..

berubahlah selagi masih ada masa..

Sampai disini luahan rasaku..
sama2 kita muhasabah diri dan berpesan2..
sesungguhnya kita lalai dan alpa..
sekian..

04 March 2011

bingung!

Hari ini aku dapat melihat keramaian manusia kerana aku keluar sebentar menyesakkan diri dengan kumpulan manusia.


Manusia yang aku lihat punya pelbagai kasta umur. Yang muda dengan gaya pemikiran dan kelakuannya, yang tua apatah lagi dengan lagak seperti mula malas memikirkan kehidupan yang telah lama dilalui. Yang kecil terpinga-pinga dengan kehidupan kumpulan manusia ini.

Mereka sememangnya sukar untuk memahami dan proses itu mengambil sebanyak mungkin masa. Kadang-kadang kasihan pada mereka dalam  mengerti kehidupan ini. Ada jugak insan yang 'besar' tidak dapat nak memahami dunia mereka, lantas dimarahi tanpa ada perasaan kasihan..

Adakah mereka si kecil yang bersalah untuk tidak mengerti apa-apa atau kita yang 'besar' ini tidak memahami mereka yang 'kecil'...?

Tapi sebagai manusia yang telah lama menikmati kesenangan dan kesusahan kehidupan ini seharusnya memberi corak yang terbaik untuk mereka, memimpin mereka ke arah kehidupan yang penuh dengan onar duri ini. Jangan biarkan mereka hanyut seperti kita ... kita??

Entahlah .. jangan la terlalu menghukum mereka kerna kesalahan yang mereka tidak tahu yang perkara itu 'salah'.. tunjukkan lah, pimpinlah, genggam tangan mereka agar mereka memahami dan tidak mengulangi kesilapan yang dahulu kita manusia besar lakukan.

aku bingung, dengan kamu wahai manusia besar...??

03 March 2011

KEINDAHAN HAKIKI DATANGYA DARI HATI YANG IKHLAS, BUKAN DARI PANDANGAN SESEORANG

tak tahu la aku tak der mo0d laa so aku nak story mory
 Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu sambil membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya dengan selamba turut mengambil biskut dari bungkusannya.
Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. Alangkah tidak malunya lelaki ini, sudahlah tak minta izin dari aku, dia makan sama banyak dengan aku pulak tu. Memang dasar pencuri! Rungutnya sendirian.
Dalam pada itu, lelaki yang tidak dikenali dengan muka selamba dan tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir. Wanita itu sengaja menunggu reaksi lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil yang biskut terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi  begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam ‘mencuka’wanita itu berkata dalam hatinya berani sungguh lelaki ini. Memang muka tak malu. Dasar pencuri besar..
Kedua-duanya mereka, wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah-olah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya. Apabila sampai tempat duduknya dia membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut masih berada di dalam beg kecilnya. Jika biskut ini ada di dalam begku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi???! Ya ... biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki yang tidak dkenali itu sanggup pula berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marah terhadapnya. Untuk meminta maaf sudah terlambat, namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.