Blogger Layouts

28 November 2011

JATUH, JATUH & MENGERTILAH !

Kalau kita terjatuh hari ini, mengertilah…
Hakikatnya ujian yang menimpa adalah untuk mendidik jiwa kita, 
untuk menguatkan hati kita.Kalau kita terjatuh hari ini, mengertilah…
Sesungguhnya ujian ini adalah medium untuk kita memperbaiki ketakwaan
dan kesabaran kita sebagai hamba Allah. 

Semakin besar musibah yang menimpa, dan semakin kuat kesabaran kita
walau berduka, maka semakin besar pahala untuk kita.
Kalau kita terjatuh hari ini, mengertilah…

Inilah masanya untuk kita mengangkat tangan memanjat doa,
insaf berlindung hanya kepada Allah semata-mata. 
Dugaan yang melanda ini adalah jalan untuk kita 
dekatkan diri kita kepada Allah Yang Maha Esa,

lalu berdoa dan memohon kepadaNya dengan penuh keikhlasan di hati.
Kalau kita terjatuh hari ini, mengertilah…
Inilah petunjuk dariNya untuk kita sedar bahawa Allah lah 
tempat pergantungan kita dalam kehidupan. Dialah mampu 
memberikan segala-galanya, nikmat dan kekuasaan, naik 

atau jatuh seseorang insan. Dialah yang mampu memulihkan 
segala-galanya. Dialah tempat berlindung dan berdoa, Dia sahaja,
tiada yang lain.
Jika kita terjatuh semalam, jika kita terjatuh hari ini, jika 
kita terjatuh lagi esok hari, mengertilah…

MENGAPA SEMUANYA BERLAKU !





# Semoga kita sentiasa mengerti kenapa hari ini kita jatuh. Pasti ada sebab disebaliknya. =)

26 November 2011

NILAI KASIH SEORANG IBU !


Seorang anak menghampiri ibunya yang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan dan membacanya. Berikut adalah catatannya;
 
Kos membantu ibu :
Tolong mengemas rumah : RM 5.00
Tolong pergi ke kedai : RM 4.00
Tolong jaga adik : RM 2.00
Tolong buang sampah : RM 1.00
Tolong siram pokok bunga : RM 3.00
Tolong sapu halaman : RM 6.00
                     
------------------------------------
Jumlah hutang kesemuanya 
RM ####                         

Selesai membaca, si ibu memandang anaknya yang berada disitu dengan penuh harapan, dan berbagai kenangan secara tiba-tiba terlintas di fikiran si ibu. Si ibu mencapai pen dan menulis sesuatu di belakang kertas itu.
*For the nine months I carried you while you were growing inside,
Me: NO CHARGE

*For all the nights that I've sat up with you, doctored and prayed for
you: NO CHARGE
*For all the trying times, and all the tears that
you've caused through the years: NO CHARGE
*For all the nights that were filled with dread,
and for the worries I knew were ahead: NO CHARGE
*For the toy, food, clothes, and even wiping your nose:
 NO CHARGE
*Honey, when you add it up, the cost of my love is:  NO CHARGE
Air mata si anak mengalir dan berlinangan setelah membaca apa yang ditulis si ibu. Si anak menatap wajah si ibu, lalu memeluknya dan sempat berkata, " Saya sangat sayang pada ibu ". Si anak kemudiannya mengambil pen lalu menulis di kertas tadi, "PAID"



*Subbahannallah, Maha suci Allah, betapa bernilainya kasih sayang seorang ibu. Kerana itu kita disuruh patuh dan jangan sesekali menyakiti hati seorang ibu, kerana disitu terletaknya syurga untuk semua anaknya


24 November 2011

KERANA EGO !

Setiap lelaki perlukan ego,
Kerana ego itulah wanita terpikat waktu bercinta,
Kerana ego itulah isteri tunduk kepada suami,
Kerana ego itulah, anak-anak hormat kepada bapa,
Dan kerana ego itulah juga, keseimbangan rumahtangga terjaga. 
Yang hakiki.. kerna dek egolah ramai lelaki menyepak terajang anak bini sesuker hati mak bapak die..
dan kerna ego yg melampau jua la ramai lelaki 
sanggup berkahwin lebih walaupun poketnyer abuk pun tarak..(ikut sunnah katenyer..)
dan kerna dek ego jualah ramai lelaki tersumbat
didalam penjara gara2 mencari duit cara senang..dan bertindak melulu memukul org di tempat awam.. 
DAN bila terkumpulnye semua ego2 ini..
punahlah sebuah rumahtangga yang bahagia.
tinggal hanya anak2 yang tak mengerti apa2.
maka dapatlah sang isteri gelaran "J" secara sengaja ataupun tidak...
begitulah adanya..
Sekiranya suami tiada egonya,
Ibarat kucing tidak bermisai,
Ibarat harimau tidak bertaring,
Ibarat ular tidak berbisa,
Ibarat Mawi tanpa suara (camna mamat ni masuk sini ni? Nak cukupkan ritma saja)
Ego adalah sesuatu untuk dikawal, bukan untuk di hapuskan,
Kerana ego di perlukan untuk perlindungan rumahtangga,
Untuk mentadbir, mengurus dan mengawal,
Sekiranya tiada ego,
Suami tiada gentlemennya,
Tunduk kepada semua kemahuan isteri,
Seperti sang isteri RE dalam DO RE MI,
Hilang hormat anak2 kepada bapanya,
Hilang hormat adik-adik kepada abangnya,
Hakikatnya, manusia tidak sempurna,
Tak kira lelaki mahupun wanita,
Ego adalah ciptaan Ilahi untuk lelaki,
Dengan tujuan untuk memimpin ke jalan yg di restui
Wallahualam


 # Moga sesama diantara kita dapat mengawal kegeoaan diri masing-masing !

23 November 2011

SEM BARU SEMUA GUNA DUIT !

Gila !! Sem ni 4 sem yang banyak guna pakai duit.. 
Sem yang begitu memeningkan kepala..
Yang begitu payah dalam kehidupan ini..
Senyum hanya ala kadar...
Tak mampu lagi mengukir senyuman manis..
Hanya memendam masalah !
Terasa keseorangan dikala dihimpit masalah..
Namun aku harus tabah...
PELAJARAN itu penting
Dan tidak seharusnya aku ketepikannya
Hanya kerana kesulitan sedikit ini...
Oh tidak ! Saya perlu berpura-pura
Berpura-pura KUAT & CEKAL !
Mungkin ini UJIAN dariNYA !



# Hope aku mampu mengatasinya

20 November 2011

MENYAMAR JADI GADIS MALAYSIA !!

Hangat dan panasss ! Sindiket ini kian menular dan semakin maju berlaku dalam negara kita . Sindiket penipuan ini meggunakan medium FB yang didalangi warga Afrika bukan hanya menipu warga tempatan, malah turut menyamar sebagai gadis jelitawan kelahiran Malaysia untuk memperdaya ramai lelaki mat salih. Dikatakan wanita itu berpura-pura untuk berkenalan dan sanggup berkahwin dengan sesiapa saja asalkan sanggup memunuhi permintaan mereka. SIMPLE & MUDAH !Wanita itu menyuruh mereka beli tiket penerbangan sebagai syarat CINTA ! seorang lelaki dari megara luar sudah terkena dengan tipu helah ini. Mereka sengaja MENGGUNAKAN & MENJAJA nama MALAYSIA. Negara ibunda kita ini. Mereka sanggup belajar bersungguh-sungguh cara penulisan GADIS MALAYSIA, semata-mata mahu menipu warga tempatan dan mat salih. Setakat ini 44 kes telah diketahui ada kaitan dengan penipuan ini ! Diharap semua yang membaca ini berhati-hati terutamanya LELAKI bila ada WANITA CANTIK menegur.










19 November 2011

60% Remaja perempuan di Malaysia sudah tiada dara (Bawah umur) !

KENYATAAN & FAKTA ! Itu yang patut kita bimbang sebagai seorang anak gadis. Jumlah ini menunujukkan anak gadis kita tidak hairan lansung dengan dengan kesan yang bakal dihadapi. Rata-ratanya memilih untuk BERSUKA RIA. Ini memalukan dan menjatuhkan maruah kita tambahan lagi jika beragam ISLAM. Tidak guna ISLAM pada nama jika tidak MENGIKUTI AJARANNYA. Sepatutnya semasa usia remaja inilah mereka harus menggunakan sebaik mungki masa dan memanfaatkan dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ini tidak ! Malah mereka makin BERMEGAH, BERSORAK & BERTEPUK TAMPAR jika cerita mereka terpampang dan menjadi bualan hangat media serta orang sekeliling. Umpama benda itu sesuatu yang patut diBANGGAKAN ! Contoh yang paling dekat adalah LAMAN SESAWANG; FACEBOOK, TWEETER, MYSPACE, YAHOO MAIL & YOUTUBE !! Seronok yang teramat sangat. Keruntuhan akhlak memang sukar dibendung dan semakin GALAK menular umpama cendawan yang tumbuh. Itu perkara yang seharusnya kita sesama berfikir apa yang patut dibuat ... Dibawah ini adalah bukti gambar-gambar remaja kita. Mintak djauhkan !


17 November 2011


Mataku terpaku melihat ! 
Bibirku mula mengomel dan mengukirkan senyuman ! 
Kakiku kini semakin mengorak langkahan yang mantap ! 
Telingaku berusaha mendengar bait-bait ayat yang dipertuturkan ! 
Tanganku mula menari-nari laju di papan kekunci ! 
Otakku ligat berkerja dan berinteraksi sesama sel-sel yang lain ! 
Berpusu-pusu terjahan menjelma ! 
Berligan- ligan idea hadirkan diri ! 
Demi  tujuan yang diingini !! 

| DIRIKU |

*merangkumi semua aspek; Kejayaan, hubungan, kemahuan & dll 

14 November 2011

KENAPA MESTI MENIPU ??


Ku pandang kiri ku pandang kanan ! 
Gegendang telingaku masih tergiang-giang ! 
Kenapa perlu menipu ?? 
Aku pasti malah yakin korang juga menipu ! 
Menipu banyak caranya, tapi kenapa mesti MENIPU ?? 
Itulah persoalannnya . 
Aku tahu kadang-kadang manusia ini menipu untuk kebaikan 
Dan selalunya manusia lebih MENIPU pada kejahatan . 
Aku inginkan KEJUJURAN & KEIKHLASAN tumbuh dalam diri aku 
TETAPI yang pastinya menipu masih wujud dalam diri . 
Memang tak dapat melepaskan diri dengan perkataan KERAMAT itu ! 
Yea , aku yakin korang mesti akan cakap, “Eyh masa bila kitaorang menipu”? 
Sedar atau tidak korang pasti pernah menipu. Percayalah jangan dinafikan
Kita ini manusia biasa yang tidak lepas dan lari daripada kesilapan 
Yang kerdil dan lemah disisiNYA ! 
Kita bukan para alim ulamak . 
Jadi yang pasti kini perbetulkan niat dan tanya 
KENAPA MESTI MENIPU ?? 
Apa kebaikan yang dapat ?? 
Atau keburukan yang bakal menjelma !




09 November 2011

MENANGIS

Pabila mata pena mula menari-nari laju saja air mata berjujuran ?
Kenapa ? Mengapa ? Tertanya-tanya apa yang berlaku !
Hati oh hati rapuh benar kamu dengan mainan DUNIA !!
Keraskan hatimu dan kamu tidak perlu lagi mengalirkan airmata .
Percaya atau tidak kali ini aku menagis bukan kerana CINTA
Tapi kerana aku gagal menjadi sebaik-baik manusia .
Masih lagi bersikap dan berkelakuan tidak sepatutnya !
Oh tidakkk ! Semuanya buat aku makin terseksa !
Ingin jadi seperti mereka yang lain yang bisa patuh
Tunduk dan akur pada AJARANNYA .
Aku ? Masih lagi terkapai-kapai mencari destinasi aku.
Malah makin laju tangisan ini pabila melihat DUNIA sekarang !
Aku tak mahu ! Hendak , menjadi yang terbaik =_=


04 November 2011

MELANGKAH !


Akanku teruskan langkahan dan ayunan kakiku
Kalau dulu perlahan kini aku akan pastikan
Aku mampu melangkah dan seiring dengan mereka
Aku mahu berdiri sama tinggi duduk sama rendah
Yang pasti semangatku semakin berkobar- kobar
Terima kasih YA ALLAH !!