Blogger Layouts

27 October 2011

LAYU DIKUNCI AMAH !! KEBENRAN

Percaya atau tidak dengan tajuk entri kali ini. Tapi itulah kebenarannya.. Kebenran yang mengejutkan .. Rasanya ini bukan kali pertama kita mendengar kes seperti ini, bukan?? Sudah banyak kali terjadi.. Cuma dalam konteks yang lain.. Apa yang aku ingin kongsikan disini adalah selama 7 tahun si isteri mampu bersabar dengan keadaan yang demikian .. Kali ikutkan hukum si isteri boleh menunut cerai daripada si suami kerana tidak melayani nafkah batinnya.. Yang membuatkan aku tertarik lagi terpegun yakni kagum si isteri bersabar kerana yakin itu bukan kesalahan si suami dan pasti bahawa itu adalah ujian daripada Allah Taala.. Aku yakin malah pasti kalau aku atau korang di tempat si isteri pasti akan menuntut cerai.. Tak tahun menangung beban batin selama 7 tahun..  Betapa kasih dan teguhnya cinta dan sayang si isteri kepada si suami.. Aku betul2 kagum dan tak sangka.. Si amah pun satu, dia buat macam tuh sebab nak buat rumahtangga mereka goyang! KEJAMNYA !! Sampaikan kita mereka suami istreri ingin bersama si suami akan terkunci nafsu, yang peliknya apabila si suami memandang perempuan lain dia akan bernafsu.. Sampai macam tu sekali !! Masyaalah, mintak dijauhkan diri kita daripada benda2 yang sedemikian.. Harap2 korang dapat iktibar dan sentiasa berhati2 dalam apa2 jua, kerana jangan disangka orang disekeliling kita tak mampu MEMUSNAHKAN kita... =)

Bertawakal lah sesama kita !

JANGAN !!


Jangan hadir kalau ingin menyakitkan ! 
Jangan jelma jika ingin mengusik pintu hati ! 
Jangan bertandang kalau kalau ada yang akan terluka ! 
Jangan muncul jika itu hanya khayalan dan mimpi ! 
Jangan bertemu kalau sudah ketemu jawapan pasti  !

20 October 2011

GUGUP !

Tajuk enti kali ini adalah gugup .. Korang ada masalah ini tak ?? Aku salah seorang insan yang sentiasa mengalami dan menhadapi masalah gugup ini.. Aku jeles dengan manusia yang boleh hadapi masalah ni...
Aku bukan tak mahu cuba, sudah tapi aku tak kuat ! Aku akan jadi semakin takut .. Kadang2 tu mahu sampai berpeluh aku dibuatnya.. Aku boleh pitam laa jugak ! Hahaha .. Time yang aku akan jadi macam ni time kena introduce myself.. Itu yang paling aku benci ! Macam time budak2 jek !! Aku bukan apa aku tak suka pasal semua orang akan fokus kat kita dan nak tahu selanjutnya info daripada kita. Itu yang aku takut tu.. Haaa sebab ni jugak la aku jadi gugup.. Pakwe aku marah kot, dia suruh aku atasi masalah ni.. kadang2 dia suruh aku tatap mata dia agar aku boleh berani.. Nak tatap mata dia betul2 pun aku takut... Itu satu. Yang kedua time nak buat pembentangan.. Aku benci betul lah .. Nak kena berdiri nak kena explain laa itu laa ini laa... Tak lama lagi nak masuk sem4 dah.. Aku kena berusaha untuk tangani masalah ini .. =))

Berharap agar berubah & mampu hadapi gugup !


SayaSayangAwakSangat<3

18 October 2011

FANTASI KECIL

Assalamualaikum semua.. Hari ni dan saat ini aku
nak senaraikan apa yang
aku inginkan time aku kecik2 dulu.. 
Time tuh aku masih hingusan lagi :p

* Nak jadi cantik; biar semua jeles !
# Nak jadi pandai; asyik kalah je ngn musuh !
* Nak jadi anak orang kaya; b0leh tunjuk lagak kat korunk :p
# Nak jadi anak kesayangan ibu ayah
* Nak jadi penulis buku yang terkenal !
# Nak ada boifren yang hencem; biar terbeliak mata korunk !
* Nak rumah cantik dan besar; tapi nak kat tepi pantai atau laut !
# Nak jadi anak, pelajar & umat yang Solehah !

TAPI BILA BESAR APA SUDAH JADI ???

* Tak ler secantik mana tapi tetap ada yang jeles ! Pelik !
# Tak pandai mana pun cuma ada kelebihan tertentu je, sampai jeles ! ( tgk2 ada kt ITP)
* Tak dapat kaya dunia kaya budi bahasa jadi lah. ( Berusaha menjaga bahasa ) =)
# Impian ni jadi kenyataan; memang ibu ayah sayang aku lebih =)
* Hancur !! Kecundang ditengah jalan
# Hahaha.. Yang ni paling tak blah ? Yang pasti PAKWE SAYA SEMPURNA !!
* Tunggu kahwin laa ea, baru tahu
# Tengah mencuba dan menjadi yang TERBAIK bukannya TERBALIK !!

Korunk semua mesti ada keinginan time kecik2 dulu,kan? Sama la.. Biasala normal
bagi seseorang manusia untuk berkeinginan dan berkemahuaan.. Yang bezanya
tercapai ataupun tidak.. Itulah fantasi aku time kecik2.. Berlagak tak sudah2
nak AISKRIM & COKLAT banyak2..

Nak cantik macam ni laa =)

Nak pandai dari kecik2 macam budak nih :p

Nak kaya macam ni, b0leh, sayang?? 

                                                    Anak kesayangan ibu ayah =)

Nak jadi penulis macam minah ni, actually !

Boifren macam ni boleh dapat tak?? Boifren aku
pun hencem jugak ! Yang pasti sayang <3

 Harap dapat rumah macam ni !

Inilah yang diimpikan aku selama ini.. =)

16 October 2011

KEPERCAYAAN!

Sayang, hari nih genap sudah hubungan kita yg ke ****
Hahah .. Nampaknya kita sudah membuktikan
Yang kita mampu bertahan dan mempertahankan hubungan ini..
Manusia, Kalau dah namanya jodoh takkan kemana!
Bukan nak mendabik dada jauh sekali bongkak
Cuma nak ingatkan walauapapun cara kau cuba buat
DIA TETAP KEKASIH AKU !
DIA YANG AKU PILIH, DIA YANG AKU SAYANG !
So tak payah nak memBUSYkan diri untuk mengorek apa2 jua rahsia..
Kalau nak sangat rahsia apakata kau jdi REPORTER jea.. Kan senang!
Hahaha geli hati aku tgk kau.. Aku semakin bahagia dengan dia..
Jangan risau aku sudah maafkan kau.. Dia?? Tak tahu laa aku..
Pasal kau telah fitnah kekasih aku tuh..
Dasar manusia.. Yang tak senang melihat kebahagiaan manusia lain..
Dalam hati mesti ada dengki.. 
Rahsia aku PERCAYA PADA DIA !..
Tak payah nk guna nama orang lain untuk menutup TOPENG kau lah!


Kita akan makin cantik kalau selalu senyum


17 ni genap sudah hubungan aku dan Akir ! =)

14 October 2011

PENDENGKI

Haish manusia oh manusia.. 
Penat sudah melayan kerenah..
Tak perlu laa nak ganggu hubungan aku
Aku bahagia dengan dia..
Seronok ke menjaja cerita??
Makan daging saudara sendiri sedap tak??
Haha.. Harap kau berubah...
Meluat aku dengan perjuangan kau yang tak sudah2
Aku bahagia.. Kau nampak tak senyuman aku..
Tak perlu nak mereka2 cerita yang tak pasti..
Aku sikit pun tak terlena dalam cerita panjang kau tuh..
Serius, sumpah aku lebih percayakan dia daripada kau!


Nampak tak senyuman ini



07 October 2011

Tangisan Si Kecil

Assalamualaikum Blogger.. Rasanya sudah lama tidak berinteraksi dengan anda di medium ini.. Apa khbar semuanya?? Harap berada di dalam keadaan sihat walafiat. Hari ingin aku luahkan pendapat, pandangan seterusnya luahan hati aku tentang Tangisan Si Kecil.. Tegar, kan seorang ibu melemparkan anaknya yang sudah cukup sifatnya ke dalam longkang? Di mana nilai dan sifat keibuannya. Sudah la buat dosa inikan pulak menambahkan dosa yang sedia ada.. Manusia oh manusia. Tidak ada langsungkah sekelumit simpati dan belas kesian ketika melemparkan anakmu? Sewaktu melahirkan anakmu, rasanya tidak tertanggung kan sakitnya sehingga melahirkan airmata. Itu baru sakit melahirkan anak tidak tahu pulak bagaimana sakitnya kita diseksa nanti akibat perbuatan kita. Pernahkah kau terfikir wahai insan yang bernama Perempuan!. Sedapnya hanya sekejap malunya seumur hidup. Mungkin saat ini kau melonjak kegembiraan kerana dapat mengikut kata hati dan hawa nafsu kau, tapi sumpah aku katakan tidurmu tiap malam pastinya akan tergganggu dengan Tangisan Si Kecil... " Ibu, Kenapa tinggalkan saya? Apa dosa saya pada ibu sehingga ibu membuang saya"? Pernah tak kau fikir? Tidak bukan.. Umur kau sebaya aku, 19 tahun je pun, mungkin time tu kau kelam kabut sehingga otak tak dapat berfungsi dan kau hanya nampak dengan melemparkan bayi semuanya dapat diselesaikan. Bodoh bukan.. Kau tak sedar yang kau telah menjerat diri sendiri. Tiada perkataan lain dapat aku ungkapkan melainkan KEJAM. Aku kecian dengan manusia macam kau. Dunia makin hari semakin hancur. Renungkanlah.. Selamat beramal!