Blogger Layouts

07 October 2011

Tangisan Si Kecil

Assalamualaikum Blogger.. Rasanya sudah lama tidak berinteraksi dengan anda di medium ini.. Apa khbar semuanya?? Harap berada di dalam keadaan sihat walafiat. Hari ingin aku luahkan pendapat, pandangan seterusnya luahan hati aku tentang Tangisan Si Kecil.. Tegar, kan seorang ibu melemparkan anaknya yang sudah cukup sifatnya ke dalam longkang? Di mana nilai dan sifat keibuannya. Sudah la buat dosa inikan pulak menambahkan dosa yang sedia ada.. Manusia oh manusia. Tidak ada langsungkah sekelumit simpati dan belas kesian ketika melemparkan anakmu? Sewaktu melahirkan anakmu, rasanya tidak tertanggung kan sakitnya sehingga melahirkan airmata. Itu baru sakit melahirkan anak tidak tahu pulak bagaimana sakitnya kita diseksa nanti akibat perbuatan kita. Pernahkah kau terfikir wahai insan yang bernama Perempuan!. Sedapnya hanya sekejap malunya seumur hidup. Mungkin saat ini kau melonjak kegembiraan kerana dapat mengikut kata hati dan hawa nafsu kau, tapi sumpah aku katakan tidurmu tiap malam pastinya akan tergganggu dengan Tangisan Si Kecil... " Ibu, Kenapa tinggalkan saya? Apa dosa saya pada ibu sehingga ibu membuang saya"? Pernah tak kau fikir? Tidak bukan.. Umur kau sebaya aku, 19 tahun je pun, mungkin time tu kau kelam kabut sehingga otak tak dapat berfungsi dan kau hanya nampak dengan melemparkan bayi semuanya dapat diselesaikan. Bodoh bukan.. Kau tak sedar yang kau telah menjerat diri sendiri. Tiada perkataan lain dapat aku ungkapkan melainkan KEJAM. Aku kecian dengan manusia macam kau. Dunia makin hari semakin hancur. Renungkanlah.. Selamat beramal!

No comments:

Post a Comment