Blogger Layouts

24 November 2011

KERANA EGO !

Setiap lelaki perlukan ego,
Kerana ego itulah wanita terpikat waktu bercinta,
Kerana ego itulah isteri tunduk kepada suami,
Kerana ego itulah, anak-anak hormat kepada bapa,
Dan kerana ego itulah juga, keseimbangan rumahtangga terjaga. 
Yang hakiki.. kerna dek egolah ramai lelaki menyepak terajang anak bini sesuker hati mak bapak die..
dan kerna ego yg melampau jua la ramai lelaki 
sanggup berkahwin lebih walaupun poketnyer abuk pun tarak..(ikut sunnah katenyer..)
dan kerna dek ego jualah ramai lelaki tersumbat
didalam penjara gara2 mencari duit cara senang..dan bertindak melulu memukul org di tempat awam.. 
DAN bila terkumpulnye semua ego2 ini..
punahlah sebuah rumahtangga yang bahagia.
tinggal hanya anak2 yang tak mengerti apa2.
maka dapatlah sang isteri gelaran "J" secara sengaja ataupun tidak...
begitulah adanya..
Sekiranya suami tiada egonya,
Ibarat kucing tidak bermisai,
Ibarat harimau tidak bertaring,
Ibarat ular tidak berbisa,
Ibarat Mawi tanpa suara (camna mamat ni masuk sini ni? Nak cukupkan ritma saja)
Ego adalah sesuatu untuk dikawal, bukan untuk di hapuskan,
Kerana ego di perlukan untuk perlindungan rumahtangga,
Untuk mentadbir, mengurus dan mengawal,
Sekiranya tiada ego,
Suami tiada gentlemennya,
Tunduk kepada semua kemahuan isteri,
Seperti sang isteri RE dalam DO RE MI,
Hilang hormat anak2 kepada bapanya,
Hilang hormat adik-adik kepada abangnya,
Hakikatnya, manusia tidak sempurna,
Tak kira lelaki mahupun wanita,
Ego adalah ciptaan Ilahi untuk lelaki,
Dengan tujuan untuk memimpin ke jalan yg di restui
Wallahualam


 # Moga sesama diantara kita dapat mengawal kegeoaan diri masing-masing !

No comments:

Post a Comment