selalunya yang diimpikan tak selalu menjadi kenyataan.. tapi apa yang ta duga selalu berlaku dalam keadaan tiba-tiba.. bagi aku biarlah kita menangis pada hari ini kerana kesakitan semalam, jangan ketawa untuk hari esok kerana kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi.. usah juga kita ketawa untuk satu tempoh yang berpanjangan kerana takut kegembiraan itu akan ditarik bila-bila masa, tanpa kita sedari... hidup ini umpama sebuah pentas yang tidak lekang dengan kerenah boneka-boneka .. tapi pernahkah kita tahu?? kita diibaratkan separti pelakon yang menjayakan setiap lakonan di muka bumi ALLAH ini.. samaada kita sedari ataupun tidak kita memang dah dilahirkan macam ini... sekarang yang tinggal hanya DIRI SENDIRI..sekarang terpulang bagaimana cara kita melakarkan corak hidup kita..jika putih corak yang dipilih kita, maka sucilah corak itu..jika hitam corak yang kita pilih maka gelap lah corak itu... kita sendiri ta tahu apa corak yang kita sedang lalui..terlalau banyak persoalan yang bermain di minda...
17 February 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment